KELAS KENAL DIRI

JELAJAH TANAH MELAYU

SERTAI PERBINCANGAN TELEGRAM DI NEGERI MASING-MASING

Kita berdiri sendiri, jadi mohon semua bekerjasama menyertai perbincangan untuk anda bertanjak di negeri masing-masing. Klik negeri anda untuk join perbincangan di telegram. Dan mohon semua pembuat-pembuat tanjak untuk menyertai Group dan sediakan perkhidmatan lipat tanjak di kawasan masing-masing.

free counter

Jumlah peserta terkini

INFORMASI PENUH 16 SEPTEMBER

Pada 16 September ini, seluruh Bangsa Melayu akhirnya akan kembali memakai tanjak sebagai Mahkota Bangsa melambangkan kebijaksanaan Bangsa Melayu dalam memimpin diri dan kehidupan masing-masing.

Matlamat kebangkitan ini bukan hanya pada kembalinya Bangsa Melayu bertanjak.. Tetapi untuk mencetuskan semula JATI DIRI Melayu yang Berakhlak Tinggi! Kenal Diri! Berfikiran halus dan berjiwa pemimpin seperti seorang bapa seluruh manusia.

Pada 16 September ini, seluruh Tanah Melayu akan serentak memakai Tanjak di luar saling bersilaturahim. Tiada suara politik, tiada sepanduk bertulis, tiada perhimpunan untuk ucapan-ucapan. Kita kejutkan seluruh masyarakat dengan kehadiran kita.

Tak kiralah di negeri manapun anda berada, keluarlah bertanjak, santai bersama keluarga dan kawan-kawan. Kerana mulai hari tersebut, Bangsa Melayu yang dipandang rendah kini akan bangkit berdiri sendiri walaupun tinggal hanya diri sendiri.

Program ini bukan untuk provok mana-mana pihak dan tidak akan membawa sebarang aktiviti beremosi. Kita hadir sebagai Bangsa Melayu.

Selepas Hari bersejarah ini berlaku, akan ada program-program seterusnya yang menyasarkan pembinaan JATIDIRI Bangsa Melayu. Kita berhenti berlawan dengan sesiapa dan mula fokus memimpin apa yang kita mampu!

FOLLOW FACEBOOK & INSTAGRAM

Setiap hari kami akan update berita terkini untuk anda di Facebook dan Instagram supaya anda tidak terlepas berita-berita penting mengenai
16 September