KITA BANGKIT BERDIRI SENDIRI

Percayalah! Gelombang pertama Tanah Melayu Kembali Bertanjak akan semakin lemah dan sia-sia jika tidak ada sambungan gelombang kedua!

Kenapa perlu gelombang kedua?

Untuk memastikan seluruh Tanah Melayu kembali bertanjak ialah dengan menguasai MEDIA SOSIAL! Inilah gelombang kedua kita!

Sebab saya dapati seruan kita tidak sampai kepada anak-anak muda yang sedang hanyut dalam dunia hiburan sehingga mereka kehilangan jati diri sendiri!

Jadi, bagaimana?

Seperti yang dinyatakan di atas, kita perlu menguasai media sosial jika ingin menyentuh setiap jiwa-jiwa bangsa melayu.

Maka, pada 16 September ini, gunakan kamera atau phone anda untuk merakamkan video hari bersejarah "Tanah Melayu Kembali Bertanjak"

Untuk apa rakam video?

Anda rakam dan share kepada kami, kerana kami akan hasilkan sebuah filem pendek epik mengenai kebangkitan Bangsa Melayu dengan menggunakan semua video-video yang anda kongsikan!

filem pendek epik ini nanti akan tersebar ke seluruh Tanah Melayu melalui perkongsian di media sosial. Maka, kita berpeluang untuk menarik dan mengubah haluan generasi muda ke arah membina semula identiti Bangsa Melayu yang kenal diri dan bijaksana dalam bidang masing-masing.

Ok! Saya nak sertai! Bagaimana?

Senang sahaja! Klik button UPLOAD VIDEO di bawah! Anda akan dibawa ke satu laman info penuh cara nak rakam video, konsep video dan garis panduan! Apa lagi? Klik dulu untuk baca info penuh. Baru tahu nak rakam apa..

TARIKH AKHIR UNTUK UPLOAD VIDEO

Days
Hours
Minutes
Seconds

Jangan lupa untuk follow FB, IG dan subscribe Youtube Tanah Melayu! Kita kuasai media sosial dan bawa generasi hari ini pulang ke asal-usul Bangsa Melayu.