fbpx

Play video di atas untuk
memahami plan Misi Rakyat

"Mindset Rakyat disaat ini akan sanggup lakukan apa sahaja demi tamatkan Krisis Covid 19 ini. Tidak kira usia, bangsa dan status."

"Kita tidak menolak Plan Kerajaan dalam mengusahakan Program Vaksinasi ni. Tetapi program ini ambil masa terlalu lama dan pengurusan krisis sangat-sangat membebankan Rakyat. Jadi, tujuan Misi Rakyat adalah untuk bantu kerajaan tamatkan krisis ini dalam masa 77 Hari sahaja."

Krisis yang sedang dialami negara hari ini adalah di tahap kritikal, tetapi pengurusan oleh kerajaan hari ini hanya sekadar bertahan di dalam krisis. Kerajaan perlu tetapkan tempoh darurat penuh selama 77 hari sahaja untuk pengawalan penuh krisis oleh anggota khas kita di setiap kawasan seluruh negara.

Kenapa kekuatan ini penting adalah kerana kawalan di dalam kawasan-kawasan komuniti dan industri sangat-sangat longgar dan lemah. Maka kita perlu menempatkan anggota-anggota kita di setiap kawasan berisiko ini untuk memastikan tiada ruang untuk berlakunya penyebaran virus covid 19.

Pada 26 Jun / 9:00PM / Sabtu Kita akan bentangkan Plan Misirakyat ini dengan lebih ringkas dan padat serta mudah difahami secara LIVE pada semua rakyat Malaysia.

"Kronologi sangat-sangat penting untuk memberi gambaran jelas mengenai perjalanan misi 77 hari kita. Supaya setiap rakyat dan kerajaan terus bersemangat sehingga hari terakhir."

"Hakikatnya swab test tidak boleh digunakan sebagai pengukur keadaan krisis hari ini. Kerana angka yang dikeluarkan hanya berdasarkan usaha cari yang KKM mampu sahaja. Sedangkan Rakyat Malaysia ada lebih 32 Juta semuanya.

Beerti angka yang sebenar sudah tentu melebihi serta berlipat kali ganda berbanding apa yang KKM jumpa. Beerti juga, kita tidak perlu lagi membazirkan masa dan tenaga untuk mencari. Tetapi mengambil langkah Total lockdown untuk hentikan pergerakkan Virus."

"Laluan masuk ke dalam negara melalui udara, lautan, daratan malah laluan tikus perlu ditutup rapat. Kerana tidak ada kepentingan untuk membiarkan orang luar masuk ke dalam negara kita di saat krisis ini.

Kita perlu elakkan kemasukkan varian-varian baru di dalam negara kita. Tetapi untuk kepulangan warga negara kita sendiri boleh diizinkan dengan syarat yang ketat.

Mereka perlu melalui tempoh kuarantin yang dijaga oleh pihak KKM sendiri dan perlu dipastikan benar-benar selamat untuk dibebaskan."

"Kawalan pergerakkan antara daerah melalui pass pekerja boleh memastikan tiada sesiapa yang dapat masuk ke daerah lain melainkan antara 2 daerah yang ternyata pada pass pekerja mereka sahaja."

"Untuk menguasai medan Krisis hari ini, Kerajaan Pusat perlu membentuk Pusat Komuniti di dalam kalangan rakyat mengikut kawasan komuniti masing-masing. Agar krisis dapat dikawal dengan lebih jelas dan berkesan."

"Pusat komuniti ini perlulah diselaraskan dengan sistem dan management yang sama di seluruh negara dan membentuk komuniti-komuniti bersatu.

Komuniti ini akan dilatih cara menguruskan krisis di dalam komuniti masing-masing termasuklah menjaga penduduk-penduduk yang didapati positif covid 19. Melalui kaedah Sistem dan pengurusan krisis di dalam komuniti, kita dapat mengawal setiap kes dengan lebih baik dan terkawal."

"Dengan membina sistem dari peringkat kerajaan sehingga ke kawasan perumahan, malah boleh juga menerapkan pengurusan sehingga ke lapisan setiap keluarga agar kemenangan kita semua bermula dari pentadbiran keluarga masing-masing.

kita boleh pastikan setiap kita berada di dalam disiplin yang lebih terkawal dan semakin hari menuju bersama ke arah Negara angka zero covid sepenuhnya."

"Setiap komuniti akan ada department database, report harian, persatuan, pantauan, bantuan dan sebagainya. Setiap department ini perlu dibentuk dengan sistem yang sama pada semua komuniti-komuniti bersatu seluruh Malaysia.

Yang akan uruskan department-department ini adalah daripada kalangan anak muda hingga warga tua yang sukarela untuk berkhidmat demi perpaduan di dalam komuniti masing-masing."

"Pusat Komuniti ini akan menjadi platform untuk team management dan penduduk menyampaikan dan menerima maklumat seperti facebook group yang sedia ada di dalam komuniti masing-masing.

Secara fizikalnya, pusat komuniti ini boleh bertempat di platform masjid komuniti masing-masing untuk gerakkan bantuan dalam komuniti."

"Dana komuniti adalah seperti satu tangki besar yang akan disalurkan ke tangki-tangki kecil dalam komuniti yang memerlukan untuk survive sepanjang tempoh 77 Hari ini.

Kaedah untuk menggerakkan bantuan dari tangki besar kepada tangki kecil adalah melalui sistem pengurusan bantuan yang ada di dalam setiap komuniti.

Sistem ini lebih tepat kerana ia bermula dengan komuniti dalam kejiranan yang mengenal jiran-jiran yang memerlukan, kemudian berantai kepada komuniti kawasan kecil dan seterusnya berantai kepada komuniti besar. Komuniti besar pula berantai kepada pentadbiran Daerah, negeri dan seterusnya Dana Komuniti.

Kejiranan - Komuniti Kecil - Komuniti Besar - Daerah - Negeri - Dana komuniti.

Pengurusan bantuan akan menjadi lebih mudah dan pantas kerana ia bermula dari kejiranan kita sendiri. Sistem pengurusan ini perlu dibentuk dan diuji sehingga sempurna.

Malah, untuk memudahkan lagi, khusus kepada bantuan yang berbentuk barangan dapur dan keperluan anak kecil, kerajaan boleh membentuk stokis barangan ini di setiap komuniti dan pastikan barangan ini sentiasa cukup untuk sepanjang 77 Hari."

"KKM perlu mengadakan satu kursus pengurusan kes positif "Kontak rapat" di dalam komuniti masing-masing. Kursus ini boleh dilakukan melalui TV dan Media Sosial secara konsisten setiap hari.

Pengurusan ini adalah berupa sistem kuarantin di rumah dan dipantau serta dijaga oleh komuniti masing-masing dengan penuh kasih, selamat dan selesa bagi kedua-dua pihak."

"KKM perlu usahakan kempen penjagaan kesihatan diri, pemakanan dan amalan yang boleh tingkatkan sistem imun tubuh. Kempen ini perlu bergerak secara besar-besaran di kaca TV dan media sosial untuk rakyat ubah cara hidup yang lebih sihat."

"Rantaian beban di dalam Ekonomi di PAUSE kan sementara pada fasa 1 untuk meringankan beban setiap pihak. Apabila rantaian beban ini dihentikan sementara, tiada siapa lagi yang membebani siapa.

Manakala Mulai Fasa ke 2 sehingga seterusnya, semua rantaian beban ini kembali normal dan setiap pihak boleh menjalankan perniagaan dan pekerjaan semula."

"Kerajaan perlu berkuasa penuh dalam membuat keputusan Moratorium automatik kepada semua lapisan sekurang-kurangnya 3 bulan. Dan moratorium perlulah bermula sebulan awal. Bank perlu anjakkan tempoh loan mengikut tempoh moratorium tanpa sebarang penambahan pada bayaran bulanan ataupun jumlah keseluruhan."

Apa yang diberikan kepada pengguna hanyalah anjakkan masa. Jadi, tidak ada sebab mengapa pihak bank perlu mengenakan apa-apa caj tambahan kepada pengguna.

Jika Rules & Regulation tidak mengizinkan, maka kerajaan perlu diberikan keizinan Tuanku Agong untuk mansuhkan rules & Regulation tersebut untuk tempoh 77 hari ini. Kerana kita perlu utamakan misi Negara lebih daripada kepentingan pihak bank semata-mata.

Kerajaan lebih mengetahui, kita serahkan kepada pakar dan apa yang penting ialah ia perlu dilaksanakan demi memulihkan Negara.

Malah pengorbanan sementara ini adalah demi kebebasan yang pasti akan bermanfaat kepada semua pihak termasuk Bank."

"Demi kebebasan secara total daripada ancaman covid 19, kerajaan perlu menggerakkan kekuatan penuh anggota keselamatan untuk terlibat di dalam kilang-kilang dan premis perniagaan yang melebihi 30 orang ke atas.

Penglibatan anggota keselamatan bukanlah secara rondaan bermasa, tetapi perlu turut terlibat di dalam tempoh bekerja kilang tersebut.

Kemungkinan kerajaan akan berkata mustahil, maka bermaksud krisis ini tidak diambil serius oleh pimpinan mereka. Dan mereka tidak kisah apabila rakyat terus merana dalam perjalanan yang seolah tiada penghujung.

Jadi, adakah perlu rakyat usahakan semuanya sendiri jika kerajaan tidak mampu? InsyaAllah, kerajaan ada kuasa untuk mengatur gerak ini. 77 Hari sahaja serius dan tamatkan."

PERHATIAN
LAMAN INI HANYA UNTUK
MOBILE PHONE SAHAJA

BANGKITKAN KUASA RAKYAT

AYUH SATUKAN KUASA RAKYAT DI FB DAN IG

BANGKITKAN KUASA RAKYAT

Bangsabertauhid sdn. bhd.